Halaman

Sabtu, 20 Mac 2010

Tayangan Perdana Abad Ini Di Parlimen 'Badut Biawak Show'

"Tuan Speaker, 

Saya merasa amat dukacita dengan penayangan BADUT BIAWAK SHOW di parlimen sekarang.

Saya melihat beberapa masalah dalam BADUT BIAWAK SHOW ini :

1.   Terkesan, dengan cara pemberitaan media arus perdana seakan-akan Malaysia sedang menyambut dan meraikan kelahiran seorang calon pemimpin besar Malaysia masa hadapan.
2.
Hospital tempat kelahirannya bukan main-main, Parlimen Malaysia. 


3.   Dan, tuan Speaker dengan reda dan rela telah bersedia menjadi bidan terjun kelahiran calon pemimpin besar Malaysia masa hadapan tersebut.

4.   Dan, lebih luar biasa, kelahiran ini disaksikan dengan gembira ria dan  tempik sorak ahli parlimen be-end.

5.   Dan, saya tidak heran jika tidak lama lagi, tuan speaker akan dicatat dalam belbagai buku catatan rekod dunia sebagai BIDAN TERJUN MELAYU TERHANDAL ABAD INI.

Saya ingin bertanya beberapa soalan pada tuan speaker :

1.    Apakah ‘tayangan badut biawak show’ yang sedang berlangsung sekarang sangat relevan dengan fungsi dan peranan parlimen ? 

2.   Apakah kewajaran tayangan perdana ‘badut biawak show’ ini dijadualkan pada hari pertama persidangan parlimen ?

3.   Adakah tuan speaker percaya bahawa tayangan badut biawak show ini, merupakan agenda kecemasan rakyat Malaysia yang perlu diberi keutamaan yang utama ?

4.   Dan, dah tontu banyak soalan lagi yang patut ditanyo kek tuan speaker, tapi biarlah kangkawan den lak yang tanyo.

Saya berpandangan 

1.       Tayangan perdana Badut Biawak Show ini patut dibuat dalam pentas politik, bukan di parlimen.

2.       Parlimen Malaysia telah dicemari oleh manusia rendah budi dan bahasa.
 
3.       Pelakon utama badut biawak show ini, langsung sudah tidak mempunyai walau secercahpun saki baki  jati diri Melayunya, soalannya, adakah ini MODEL JATI DIRI MELAYU MASA HADAPAN ?
 
4.       Bolehkah saya berpandangan bahawa persidangan parlimen kali ini merupakan TAYANGAN PERDANA RUPA WAJAH SEBENAR PENGUASA MALAYSIA HARI INI ?

5.       Tayangan perdana Badut Biawak Show ini, sama sekali tidak akan member legitimasi politik kepada be-end, malah sebaliknya, ia telah memberi persepsi yang jelas kepada masyarakat bahawa 1mesia akan melakukan apa saja untuk mengekalkan kuasanya, waima dengan mengupah pelacur-pelacur untuk berlakon.

TUTUH JANG SAMPAI MONANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan