Halaman

Sabtu, 6 Mac 2010

Den Sokong: Zulkifli Nordin Di Pecat

"Jang,Den menyokong sepenuhnya keputusan MPT tersebut, dan agak-agak den semua penyokong Pakatan Rakyat serta seluruh penyokong perjuangan memartabatkan keadilan, kebenaran serta kesaksamaa dah tontu akan menyokong juga keputusan tersebut.

Kalau togak dah nak berpaling, kalau duduk dah nak berkisar, biarkan dia jalan dengan keyakinan dio,  apo yang nak dirisaukan seekor ayam tak berkokok, hari akan siang juga Jang.

Sudah tentu malam ni  akan bertempik soraklah media munafik umno/bn, membela Zulkifli dan menghantam Pakatan Rakyat. ZN, akan ditabalkan oleh mereka sebagai pejuang tulen bangsa Melayu dan agama Islam. Akan bermunculanlah professor-udang mengulas pemecatan tersebut. Nadanya sudah dapat diramal iatu dalam PKR tidak dibenarkan berlainan pandangan, Firaun-firaun kecil lebih berkuasa, DSAI menuduh orang lain autokrasi, pada hal sendiri yang lebih. Pakatan Rakyat sedang menunggu kehancurannya, dan disarankan juga kepada pejuang-pejuang tulen bangsa Melayu dan agama yang masih berada dalam Pakatan Rakyat, terutama sekali PKR agar segera meninggalkan parti tersebut, dan bla……bla……..bla……., lagilah tu, dalam seminggu ni Jang, itulah de topik de.

Kepada Sdr Zulkifli Nordin,

Elok kau kosongkan kerusi parlimen Kulim tu, kalau lah botul kau anak jantan, pejuang tulen bangsa dan agama serta berpegang pada prinsip. Sobab pada prinsipnya kau monang kek Kulim pasal sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat, bukan kerana kau doh, itu kau kono faham tu, jangan buek bodoh kau, atau kau memang talibarut umno dalam Pakatan Rakyat ?

Tapi den yakin, kau tak akan berani mengosongkan kerusi perlimen Kulim tu doh, sobab master mind kau pasti melarang, sobab kok ado prk kek Kulim, bukan kau jo yang akan terbarai Jang, tapi master mind kau akan dapat malu, sosek lak den cakap, umno/bn nak malu apo, memang sajoman-joman dah tak ado malu lai.

Den juga memuji keberanian MPT, untuk meminta ZN mengosongkan kerusi Kulim, sobab dah tontu akan ada prk. Pado adat orang umno dah tontu dio agak PKR tidak akan berani memecat ZN, apalagi akan berhadapan dengan prk. Ni baru anak jantan namo de Jang.

Kalau sah ZN pejuang agama dan bangsa dah tontu dio akan mengosongkan kerusi tersebut, mano ado pejuang agama dan bangsa yang mengutamakan kepentingan diri. 

Kek sini den nak ingatkan kepada semua MP koh, ADUN koh yang dah keluar dari Pakatan Rakyat, tapi masih muntakedarah gak duit gaji MP/ADUN, iaitu duit rakyat, duit kau Jang, kami tidak relakan duit tersebut kau makan. Jadi sesiapo yang dah mengisytiharkan keluar parti PKR, tapi masih ambil gaji duit rakyat, maka aku kutuk kau somo de supayo mati dalam keadaan yang amat mengaibkan. Den juga nak ingatkan kepada semua anak bini mereka ini, supayo nasihatkanlah abah kau tu agar jangan mengasi anak bini de makan duit haram.

Kito jumpo kek prk Kulim Jang, den berani menjamin, kalau ZN bertanding lagi atas tiket bebas, dio akan terbarai. Nak tanding ateh tiket umno/bn dah tontu puak-puak umno kek kulim tak akan kasi.

TUTUH JANG SAMPAI MONANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan