Halaman

Sabtu, 20 Mac 2010

Kah…..kah, Zul Lobai Takut Debat dengan Khalid Samad

"Jang, Dibawah ini sya perturunkan berita berkenaan Zul Lobai dalam Malaysiakini hari ini. 

Hari tu bukan main garang Zul Lobai lagi, nak suruh DSWA berhentilah, nak suruh DSAI letak jawatan ketua pembangkanglah, kata TGNA pengkhianatlah, macam-macam lagilah, tapi apabila Lobai ni dicabar oleh Khalid Samad berdebat berkenaan isu kalimah Allah. Ek, eh, tak mahu dia, pada hal perjuangan utamanya, kata sang Lobai adalah kerana tidak bersetuju kalimah ALlah digunakan oleh bukan Islam. Menurutnya lagi, lebih kuranglah Jang, dia akan memperjuangkan hingga titisan darah terakhirnya, agar kalimah ALlah tidak digunakan oleh bukan Islam.

Nah, apalagi Lobai, berdebat dengan Khalid Samad adalah pentas yang paling sesuai untuk kau membuktikan kebenaran dan keyakinan yang kau anut dari bidang ilmunya Lobai, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menonjolkan kehebatan ilmu agama kau, agak den lah, Khalidpun akan setuju kalau ia disiarkan langsung oleh tv1/tv3suku yang menjadi pujaan hati kau, yo kojap-kojap kua kek tv1/tv3suku kau selamo ni.
Apa pasal pula kau jadi takut berdebat dengan Khalid tu berkenaan isu yang kau wirid-wiridkan siang malam selama ni. Kalimah ALlah tu lah buah butir kau setiap keluar di tv1/tv3suku.

Kalau kau tak berani berdebat dengan Khalid, den akan panggil kau sebagai “LOBAI KOPIAH POSUK”, tahu kah kau maknanya tu, kopiah tahulah kau kan, ‘posuk’ ertinya berlubang/koyak di bahagian atasnya, maka bila kau pakai kopiah tersebut dia akan terlondeh lalu tersngkut di telinga, jadi, tu lah de yang namo de Lobai Kopiah Posuk tu. Kek kampung den, kojo Lobai Kopiah Posuk ni, bontang tikar sebelum waktu masuk, sapu laman surau, azan tak boleh Jang.

Tapi den yakin kau mesti takut berdebat, kerana sebenarnya ilmu kau tak sampai ke mana dalam bidang agama, tapi berlagak alim yang lebih, jadi gelaran Lobai Kopiah Posuk amat sesuai dengan kau Jang.

TUTUH SAMPAI MONANG
==========================================================================

Zulkifli elak sahut cabaran Khalid
author_photo("Jimadie Shah Othman")Jimadie Shah Othman
Mac 15, 10
4:29pm
Ahli parlimen Kulim Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin hari ini mengelak daripada menyahut cabaran debat yang dibuat oleh wakil rakyat PAS Khalid Samad berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Menjawab soalan pemberita, Zulkifli enggan mengulas secara langsung, sebaliknya meminta Khalid terlebih dahulu berdebat dengan pemimpin PAS yang turut berpandangan bahawa kalimah itu tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

“Selesaikan masalah dia dahulu (sebelum berdebat dengan saya),” kata Zulkifli selepas perasmian parlimen untuk penggal ketiga hari ini.

NONEWalaupun pendirian rasmi PAS berpandangan penggunaan kalimah Allah boleh digunakan masyarakat bukan Islam, tetapi masih terdapat pemimpin kanannya seperti Timbalan Mursyidul Am Datuk Datuk Haron Din yang dilaporkan mempunyai pandangan sebaliknya.

Setelah dipecat daripada PKR kerana didapati bersalah membuat laporan polis terhadap Khalid, Zulkifli telah dua kali dicabar berdebat oleh ahli parlimen Shah Alam itu.

Menulis dalam blognya pada 11 Mac, Khalid berkata, beliau sedia berdebat berhubung isu itu bagi melihat siapa yang berhujah menggunakan al-Quran dan hadis dan siapa yang bertindak berdasarkan sentimen.

Mengulanginya lagi pada sidang media di Shah Alam sehari selepas itu, Khalid dilaporkan berkata, beliau sedia berdebat dengan Zulkifli pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Zulkifli sebelum ini dipecat daripada PKR selepas disabitkan bersalah membuat laporan polis terhadap Khalid - yang dilaporkan menyifatkan enakmen yang melarang penggunaan kalimah Allah sudah ketinggalan zaman dan perlu dibincangkan semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan