Halaman

Sabtu, 20 Mac 2010

Tayangan Perdana Abad Ini Di Parlimen 'Badut Biawak Show'

"Tuan Speaker, 

Saya merasa amat dukacita dengan penayangan BADUT BIAWAK SHOW di parlimen sekarang.

Saya melihat beberapa masalah dalam BADUT BIAWAK SHOW ini :

1.   Terkesan, dengan cara pemberitaan media arus perdana seakan-akan Malaysia sedang menyambut dan meraikan kelahiran seorang calon pemimpin besar Malaysia masa hadapan.
2.
Hospital tempat kelahirannya bukan main-main, Parlimen Malaysia. 


3.   Dan, tuan Speaker dengan reda dan rela telah bersedia menjadi bidan terjun kelahiran calon pemimpin besar Malaysia masa hadapan tersebut.

4.   Dan, lebih luar biasa, kelahiran ini disaksikan dengan gembira ria dan  tempik sorak ahli parlimen be-end.

5.   Dan, saya tidak heran jika tidak lama lagi, tuan speaker akan dicatat dalam belbagai buku catatan rekod dunia sebagai BIDAN TERJUN MELAYU TERHANDAL ABAD INI.

Saya ingin bertanya beberapa soalan pada tuan speaker :

1.    Apakah ‘tayangan badut biawak show’ yang sedang berlangsung sekarang sangat relevan dengan fungsi dan peranan parlimen ? 

2.   Apakah kewajaran tayangan perdana ‘badut biawak show’ ini dijadualkan pada hari pertama persidangan parlimen ?

3.   Adakah tuan speaker percaya bahawa tayangan badut biawak show ini, merupakan agenda kecemasan rakyat Malaysia yang perlu diberi keutamaan yang utama ?

4.   Dan, dah tontu banyak soalan lagi yang patut ditanyo kek tuan speaker, tapi biarlah kangkawan den lak yang tanyo.

Saya berpandangan 

1.       Tayangan perdana Badut Biawak Show ini patut dibuat dalam pentas politik, bukan di parlimen.

2.       Parlimen Malaysia telah dicemari oleh manusia rendah budi dan bahasa.
 
3.       Pelakon utama badut biawak show ini, langsung sudah tidak mempunyai walau secercahpun saki baki  jati diri Melayunya, soalannya, adakah ini MODEL JATI DIRI MELAYU MASA HADAPAN ?
 
4.       Bolehkah saya berpandangan bahawa persidangan parlimen kali ini merupakan TAYANGAN PERDANA RUPA WAJAH SEBENAR PENGUASA MALAYSIA HARI INI ?

5.       Tayangan perdana Badut Biawak Show ini, sama sekali tidak akan member legitimasi politik kepada be-end, malah sebaliknya, ia telah memberi persepsi yang jelas kepada masyarakat bahawa 1mesia akan melakukan apa saja untuk mengekalkan kuasanya, waima dengan mengupah pelacur-pelacur untuk berlakon.

TUTUH JANG SAMPAI MONANG

Kah…..kah, Zul Lobai Takut Debat dengan Khalid Samad

"Jang, Dibawah ini sya perturunkan berita berkenaan Zul Lobai dalam Malaysiakini hari ini. 

Hari tu bukan main garang Zul Lobai lagi, nak suruh DSWA berhentilah, nak suruh DSAI letak jawatan ketua pembangkanglah, kata TGNA pengkhianatlah, macam-macam lagilah, tapi apabila Lobai ni dicabar oleh Khalid Samad berdebat berkenaan isu kalimah Allah. Ek, eh, tak mahu dia, pada hal perjuangan utamanya, kata sang Lobai adalah kerana tidak bersetuju kalimah ALlah digunakan oleh bukan Islam. Menurutnya lagi, lebih kuranglah Jang, dia akan memperjuangkan hingga titisan darah terakhirnya, agar kalimah ALlah tidak digunakan oleh bukan Islam.

Nah, apalagi Lobai, berdebat dengan Khalid Samad adalah pentas yang paling sesuai untuk kau membuktikan kebenaran dan keyakinan yang kau anut dari bidang ilmunya Lobai, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menonjolkan kehebatan ilmu agama kau, agak den lah, Khalidpun akan setuju kalau ia disiarkan langsung oleh tv1/tv3suku yang menjadi pujaan hati kau, yo kojap-kojap kua kek tv1/tv3suku kau selamo ni.
Apa pasal pula kau jadi takut berdebat dengan Khalid tu berkenaan isu yang kau wirid-wiridkan siang malam selama ni. Kalimah ALlah tu lah buah butir kau setiap keluar di tv1/tv3suku.

Kalau kau tak berani berdebat dengan Khalid, den akan panggil kau sebagai “LOBAI KOPIAH POSUK”, tahu kah kau maknanya tu, kopiah tahulah kau kan, ‘posuk’ ertinya berlubang/koyak di bahagian atasnya, maka bila kau pakai kopiah tersebut dia akan terlondeh lalu tersngkut di telinga, jadi, tu lah de yang namo de Lobai Kopiah Posuk tu. Kek kampung den, kojo Lobai Kopiah Posuk ni, bontang tikar sebelum waktu masuk, sapu laman surau, azan tak boleh Jang.

Tapi den yakin kau mesti takut berdebat, kerana sebenarnya ilmu kau tak sampai ke mana dalam bidang agama, tapi berlagak alim yang lebih, jadi gelaran Lobai Kopiah Posuk amat sesuai dengan kau Jang.

TUTUH SAMPAI MONANG
==========================================================================

Zulkifli elak sahut cabaran Khalid
author_photo("Jimadie Shah Othman")Jimadie Shah Othman
Mac 15, 10
4:29pm
Ahli parlimen Kulim Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin hari ini mengelak daripada menyahut cabaran debat yang dibuat oleh wakil rakyat PAS Khalid Samad berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Menjawab soalan pemberita, Zulkifli enggan mengulas secara langsung, sebaliknya meminta Khalid terlebih dahulu berdebat dengan pemimpin PAS yang turut berpandangan bahawa kalimah itu tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

“Selesaikan masalah dia dahulu (sebelum berdebat dengan saya),” kata Zulkifli selepas perasmian parlimen untuk penggal ketiga hari ini.

NONEWalaupun pendirian rasmi PAS berpandangan penggunaan kalimah Allah boleh digunakan masyarakat bukan Islam, tetapi masih terdapat pemimpin kanannya seperti Timbalan Mursyidul Am Datuk Datuk Haron Din yang dilaporkan mempunyai pandangan sebaliknya.

Setelah dipecat daripada PKR kerana didapati bersalah membuat laporan polis terhadap Khalid, Zulkifli telah dua kali dicabar berdebat oleh ahli parlimen Shah Alam itu.

Menulis dalam blognya pada 11 Mac, Khalid berkata, beliau sedia berdebat berhubung isu itu bagi melihat siapa yang berhujah menggunakan al-Quran dan hadis dan siapa yang bertindak berdasarkan sentimen.

Mengulanginya lagi pada sidang media di Shah Alam sehari selepas itu, Khalid dilaporkan berkata, beliau sedia berdebat dengan Zulkifli pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Zulkifli sebelum ini dipecat daripada PKR selepas disabitkan bersalah membuat laporan polis terhadap Khalid - yang dilaporkan menyifatkan enakmen yang melarang penggunaan kalimah Allah sudah ketinggalan zaman dan perlu dibincangkan semula.

Jumaat, 19 Mac 2010

Apa makna Melayu Bersatu???

"ULASAN : Bukan mustahil Melayu bersatu - FATINI YAACOB
Jang, Melayu bersatu ? Sebelum melarat-larat, elok kau cakap dulu apo MAKNO MELAYU BERSATU TSB ?

Sebelum mengajak orang dan meminta mereka menyokong terhadap sesuatu perkara, kau kena perjelas kau nak ajak orang kemano ?, nak buek apo ?, bilo ?, apo kenderaan yang diguno ? sapo kangkawan yang nak poi samo ? dan sapo yang jadi ketuo ?. Barangkali dalam bahaso modennya, kita kena 'clear', visi, misi dan budaya sesuatu dahulu, sebelum kita mahu menyatakan sokong, bangkang atau sonyap jo.

Nah, Datin Seri Fatini Yaacob kena perjelaskan dahulu apakah falsasah dan konsep dimaksudkannya dengan Melayu Bersatu tersebut.

Jang,

Den bukan apo, sebab, (i) pengalaman  merupakan guru terbaik ; (ii) mengambil tuah kepada yang menang, mengambil contoh pada yang sudah', begitu jati diri Melayu, maka selama ini saya difahamkan yang namanya Melayu Bersatu itu mengundang kecelaruan orang Melayu, kerana setiap individu/kelompok/parti mempunyai takrifan yang berbeza-beza. Brahimpun nak satukan Melayu, umnopun nak satukan Melayu, PAS dan PKR pun nak juga Melayu Bersatu, GPMS koh, PEKIDA koh pun nak Melayu Bersatu. Kalau kita perhatikan semua yang mahu menarik sokongan orang Melayu, selalu basah bibir mereka dengan istilah Melayu Bersatu. Jadi orang Melayu yang marhaenpun poning, yang mano satu yang botul ni ?.

Dan, ini yang amat mendukacitakan sekali, orang yang tak tahu menahu tentang Melayupun, nak ikut menyatukan Melayu, kau tak percayo cakap den ni, kau tengoklah zaharin bilo orang cakap, pkr bagai mendukung biawak hidup, lalu si zaharin ni melenting, dio bukan biawak, yang ni jenih Melayu apo ni Jang ?

Mari kita melihat ke dalam diri kita sebagai orang Melayu, tengok asas jati diri orang Melayu :

1. Agama : 

(i) adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah, syarak mengata, adat memakai ; (ii) elok dek awak orangpun gomar 

2. Keadilan

(i) Jangan bak membelah buluh, satu diinjak, satu diangkat ; (ii) Biar mati anak, asal jangan mati adat (agama); (iii) tiba di mata tak dipicingkan ; tiba di perut tidak dikempiskan


3. Patriotisma 

(i) Kalau batu sempadan dianjak orang, tali air dihempang orang,angkat dadamu nak,usah risau darah akan terserak,usah takut nyawa akan melayang,esa hilang dua terbilang, yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti. (ii) daripado hidup berputih mata lebih baik mati berputih tulang. 

Jang,

Muntah kau nanti kalau den tulih gak lai, elok den beronti kek sini.
Namun sebagai kesimpulan saya ingin mengatakan bahawa jangan berbincang terhadap sesuatu yang tidak jelas, ngabihkan bogheh jo.

Saya juga ingin mengemukakan pendapat saya bahawa PAS ADALAH YANG PALING SERASI DENGAN JATI DIRI MELAYU. tapi 'kok ado nan koyak, kau tampallah Jang, kok ado nan pendek kau sambunglah Jang, kok ado panjang kau keratlah Jang. 

TUTUH JANG SAMPAI MONANG

PADA ZAHIR RAJA DISEMBAH, PADA BATIN RAKYAT YANG MEMERINTAH

Jang,
Banyak betul komen tak boleh faham tentang tulisan saya, mulai sekarang akan saya cuba sedaya upaya menulis dalam bahasa melayu baku. Terima kasih atas segala pandangan dan ingatan tersebut. Saya berbangga sekali mendapat teguran, sebab, sahabat adalah kawan yang ikhlas menegur kawannya. 

Sebenarnya, saya mahu mengingat-ingatkan anda tentang simpulan bahasa, petatah-petitih, perbidalan atau dalam bahasa kerennya (glamour), metafora alam Melayu yang sedar tidak sedar, kelihatannya telah mula menghilang daripada menjadi buah bibir masyarakat Melayu di pasaran sekarang. Pada umumnya penutur awam bahasa Melayu amat gersang daripada bidalan ini, barangkali ini disebabkan kerana ia telah tidak diajarkan dalam system pendidikan kita sekarang

Jang,

Sebenarnya yang tersirat dalam ‘yang indah itu bahasa’, jika diremas diperas-peraskan bahasa tersebut, maka inti patinya adalah simpulan bahasa. Dalam simpulan bahasa, tersimpan seribu makna, kearifan, ketajaman, keindahan, bermata banyak  ‘bergelimang’ menjadi satu.  (gelimang ertinya bercampur menjadi satu, tapi hanya dalam konteks makan sahaja, biasanya orang Melayu kalau makan, mereka akan menggaulkan sekali nasi dan lauk pauk yang ada dipinggannya sehingga sebati, itulah yang mendatangkan cita rasa yang ‘wah’). Namun tulisan ini bukan ingin memperkatakan panjang lebar berkenaan bab ini, saya hanya akan memfokus kepada perbidalan di atas sahaja : Pada zahir rajo nan disambah, pado batin rakyat nan mamarintah (ini dalam bahasa asalnya Jang, makno de samo jo).
Kenapa pada zahir raja (penguasa) yang disembah (dihormati) dan pada batin rakyat yang memerintah ? 

Jang,

Begitulah amalan demokrasi, kerana yang sebenarnya pemilik tanah pusaka ini adalah rakyat, sebab itu ada PRU mereka yang ingin menjadi raja (penguasa) memohon rakyat mewakilkan kuasa yang hanya ada pada rakyat kepada individu-individu yang bertanding dalam PRU tersebut, sama ada mereka mewakili kelompok/parti atau diri seacara individu yang disebut calon bebas. Jadi, perbidalan menyebut :

Naiknya kerana kita yang memangkah,
Tumbuhnya, kerana kita yang menanam
Besarnya, kerana kita yang melambuk
Tingginya kerana kita yang menganjung

Ertinya juga, kalau bukan kerana kita, mereka tidak akan menjadi raja (penguasa). Tumbuhnya kerana kita yang menanam, besarnya kerana kita yang melambuk, tingginya kerana kita yang menganjung. Kita yang meletakan mereka di situ, mereka dibesar-besarkan oleh orang, kerana kita yang sentiasa memberi sokongan, tingginya atau dihormati dan disanjung oleh orang, kerana kita yang menyanjungnya.
Sebaliknya, jika kita merasa mereka sudah tidak lagi layak untuk menunaikan anamah kita, kita bila-bila boleh ‘cabut kabel beterinya’, putuih Jang, padam somo de, lingkup. Itulah dia yang dimaksud dengan pada batinnya rakyat yang memerintah.

RUMUSAN :

Mereka yang berkuasa (rajo yang disembah) sekarang, mesti ingat bahawa mereka ‘tidak akan menongkat langit’. Pemimpin dalam perbidalan disebut sekadar : ‘Didahulukan selangkah, dituakan seranting’. Maksudnya, jika beliau tersesat langkah, kita rakyat cepat mencapainya agar tidak terbabas/terjatuh.

Itu jo lah yang dapek dek den berkongsi pandangan dengan kau Jang. Patut kau ingat, semuanya ini sekadar ingatan den jo, tak ado buku rujukan yang akademik de Jang. Sekiranya ada pendapat dan pandangan lain amat saya alu-alukan, agar kita mendapat kebenaran. Perbidalan menyebut  : ‘kebenaran yang berdiri sendirinya’, dalam satu perkara, hanya ada satu kebenaran, tidak ada duanya.  

TUTUH JANG SAMPAI MONANG

Selasa, 9 Mac 2010

UMNO Perasan, Malaysia Pusako Datuk/Nenek Dio

"Jang,Kau perasan tak Jang, yang umno ni meraso Malaysia ni macam pusako datuk/nenek dio,sobab tu dio akan cari segalo helah untuk mengambil balik pusako datuk nenek dio yang dah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan. Apokoh gilo punyo orang, ado koh negaro nak dijadikannyo pusako, tak dibuek-buek orang, melainkan di 1mesia ni jo Jang.

Pendek cito, orang Umno nak jadikan Malaysia ni, KERAJAAN MONARCHY UMNO MALAYSIA, sobab tu dio e main anak beranak jo Jang. Kau tahu koh, sesetengah bahagian umno, abah de ketuo bahagian, omak de ketua wanita bahagian, anak dio e yang jantan jadi ketuo pemudo bahagian, anak dio e yang betino ketuo puteri umno. Dan, yang ni kau jangan lupo ni Jang, sekarang anak Tun Razak jadi PM, lopeh tu dio nak jadikan anak Tun Hussein lak jadi PM. Kau tengoklah Jang, perhimpunan agung umno akan datang, hishamudin Auww mesti punyo lawan Muhyidin, dan muhyidin akan tabarai, pasal abang sepupu dio nak kan hishamuddin jadi Timbalan Presiden Umno. Yo tak kan kau tak tahu juo lai Jang, kek umno apo kato presiden, itulah kato putus. Pusing-pusing dulu, lopeh tu menantu Tun Pak Lah pulak. 

Berdasarkan pengamatan yang demikian, salah koh den menyimpulkan bahawa Malaysia ni adalah pusako umno ??? 

Pada zahir Nampak Malaysia ni macam sebuah negaro demokrasi, tapi, pada batinnya, sebenarnya dia sedang digiring menjadi KERAJAAN MONARCHY UMNO MALAYSIA .

Tak Percayo kau cakap den, cubo kau tengok baik-baik perkaro-perkaro yang den nak sobut ni :

1.       Segalo ketuo Polis, segalo ketuo SPRM, sagalo ketuo Pendakwo Rayo, sagalo ketuo hakim tak nampak koh dek kau tu, kalau tak dapek restu maharajadirajo umno, tak akan dapek duduk kek kerusi tu doh Jang. Masalah merit belakang kiro, yang masalah dio ni orang kita, loyal kek bos, bukan main ligat mengangguk, dan tak pandai nak bertanyo.

2.       Dio nak lantik pegawai-pegawai kanan pentadbir kerajaan, kalau peringkat pusat kono lulus maharajodirajo, kalau peringkat negeri kono lulus rajo-rajo kecil kek nogori (MB), kalau peringkat daerah, kono lulus rajo kecik-kocik (ketuo bahagian). Kau tak tahu Jang, pasal DO buek hal dengan ketuo cawangan, jalan DO tu Jang. Power tak power e dio ni, tu lah de.

3.       Nak bagi-bagi tanah koh, balak koh, sapo Jang, dio e jugak. Dan, ni kau kono ingat baik-baik, kalau bukan kerabat dirajo umno, mano nak dapek, darah air mato kau tak akan meraso kau tu de.

4.       Kalau tender cam tu jugak, hargo pensil 60 sen, boleh jual 40 ringgit koh, kek terangganu ari tu Jang, lupo lak den, tapi cam tu lah lobih kurang de. Sapo yang juah pensil tu kalau bukan kerabat dirajo umno gak tu Jang. Sobab tu satu ketiko dulu kek TKO ni popular istilah OKU (orang kuat umno).

5.       Pokok de, sagalo-galo de adalah atas ehsan dan bantuan kerabat dirajo umno ni, kalau tidak nahas kau Jang.

6.       Contoh power tak power de kerabat dirajo umno ni, kau bayangkanlah mentori apo ntah lupo den, tapi dio cakap, kito patut buek mekanisma harga petrol untuk rakyat asing, bukan hargo yang disubsidi, lopeh tu orang yang bawa keto-keto bosar, yo orang kayo juga tidak akan menikmati subsidi petrol, sobab konon de tidak adil untuk rakyat kecil. Lopeh tu siap temu dugo kek tv, ontah mano-mano punyo lobai, dan lobai ni cakap tu lah baru adil, 1malaysia memang best,  mengutamakan rakyat kecil. Ek, eh, tup-tup, tak jadi buek, kekal dengan caro yang lamo, karena kalau buek caro baru konon de tak adil lah pula kepada yang guna kereta bosar, sobab dio bayar cukai pendapatan, dan mereka juga rakyat 1malaysia. Lopeh tu kua lah pulak temudugo kek tv, cari lak lobai lain, lalu lobai ni pun cakap tu lah baru adil, 1malaysia memang best, prihatin kepada rakyat kecil. Apo punyo bangang manusio, naik adil, tak jadi naik adil lah jugak. Ampun den Jang, faham koh dio bahaso Malaysia lobai tu ni. TAHAP KEBANGANGAN YANG TERLAMPAU, yang cam tu yang ramai orang-orang kek 1mesia  ni Jang.

TUTUH JANG SAMPAI MONAG

Isnin, 8 Mac 2010

Ulasan: Zulkifli Enggan Rayu Pemecatan, Kekal Ahli Parlimen

"Jang,

Dibawah ini adalah ulasan dari petikan-petikan artikel yang dimuat dalam Mstar.  

Ahad 7 Mac 2010
Zulkifli Enggan Rayu Pemecatan, Kekal Ahli Parlimen
Oleh AU YEONG HOW

 (i)         Sebaliknya beliau menegaskan akan kekal menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat bebas kerana kedudukannya dipilih oleh rakyat bukan parti.
Ulasan:

Apo ni, sejak bilo lak kau sebagai individu yang bernama Zulkifli dipilih oleh rakyat Kulim ?,  waktu betanding MP Kulim dulu kau bertanding atas calon bebas koh ?, Kalau Hjh Maimon yang betanding calon bebas di Kuala Terengganu dulu, boleh lah cakap dio dipilih oleh rakyat. Kau ni Lobai, (mulai sekarang den nak panggil kau Lobai lah), kau ingat  masyarakat zaman sekarang boleh kau perbodoh-bodohkan, kau ingat rakyat sekarang otak-udang koh ?. Kau ingat sikit Lobai, kalau kau bertanding calon bebas dulu, jangan cakap nak jadi MP, nak dapek 100 undi pun bolum tontu lai. Jadi, setan mano yang membisikan kek kau, bahawa kau dipilih oleh rakyat ni ?????? , kok den yang dipilih parti bertanding kek Kulim tu dulu, den lah MP Kulim, botul tak Jang. 

Yang sebenarnya adalah, kau dipilih mewakili parti untuk bertanding kek Kulim, lalu, rakyat memilih parti, bukan pilih kau lah Lobai, jangan perasan kau tu. Ertinya juga, secara langsung kerusi MP Kulim itu adalah hak parti, bukaan hak kau.  Ni rasional mudah jo lah Lobai, tak payah bawa ke mahkamah ni de, budak-budak kampong den pun faham. Kalau bab ini pun kau tak boleh faham, tak usahlah nak cakap tinggi-tinggi, yo yang paling 'basic' bonarpun kau tak roti (mengerti), apolah pulak lai bab kalimah ALlah.

Jadi ateh rasional apo kau boleh menuntut bahawa kau layak untuk menjadi MP bebas ni ?  Gilo botul kau ni Bai, tunggang terbalik kefahaman makno kau ni.
Bab ni samolah juga kepada semua MP/ADUN yang lompat, kerusi yang masih kau pegang tu, bukan hak kau, tapi hak parti.

KALAU KAU MENGAKU-NGAKU HAK ORANG ADALAH HAK KAU, APO JENIH PEJUANG AGAMA DAN BANGSA KAU NI BAI, ITU PEJUANG PORUT NAMO DE, UMNO GENG KAU TU. Dan, JANGAN KAU LUPO, KALAU KAU AMBIL DUIT GAJI MP/ADUN, ERTINYA KAU MENGAMBIL YANG BUKAN HAK KAU JUGA, HARAM ITU LOBAI, JANGAN KAU KASI DUIT TU KEK ANAK BINI KAU, KOK KAU KASI GAK, ERTINYA JUGA KAU SODANG MENGIRING AHLI KELUARGA KAU KE NERAKO, NAK KOH KAU TU ? KOK TAK NAK ELOK

 (ii)        "Ini adalah permulaan satu titik hitam dalam sejarah perjuangan reformasi yang bermula pada 2 September 1998. Ia juga adalah permulaan kepada kejatuhan dan kehancuran PKR.
Ulasan :

eek eleh Lobai, nampak gayo de, ucapan ini seakan-akan mendahului ketentuan ALlah swt, tak berlapik langsung, macam mano pejuang tulen kalimah ALlah jadi takbur ni ? Atau apo yang kau fahami tentang kalimah ALlah ni jauh sangat berbeza dengan kefahaman TGHH, TGNA dan lain-lain ulama yang mengaji Islam sojak dari kocik lai ?, handal kau ni Bai, lai handal kau dari TGHH, TGNA dan lain-lain ulamak, kehandalan kau ni saling tak tumpah dengan kehandalan umno dalam bab-bab agamo.

Dan, kau jangan lupo Lobai, ayat yang kau sobut tentang kejatuhan dan kehancuran PKR ni, dah sojak 10 tahun lalu didendangkan umno siang malam pagi potang. Bilo Ruslan Kasim orang kampung den masuk umno, tulah jugak ayat dio, bilo lokman adam tu lah jugak, bilo ezam tu lah jugak dan sekarang kau dengan konco-konco kau zaharin, fairus, mohsin tu lah jugak, apo PKR nak heran dengan ayat umno ni, bulu roma denpun tak gugur dongar de. Lagi galak kau ulang ayat tu, lai orang meluat kek kau. 

Jap lagi tv3/4 koh atau tv1 koh dah tontu akan mewawancara kau secara live, dan kau akan ulang lah balik ayat umno tu.Nampak-nampak dek den gayo kau bercakap depan camera tu Lobai. Den sedang tunggu kau kua kek tv Lobai, pasti den nak tengok sok tu. Sobab Fairuz dah kua 2 kali kek tv, malaon tu, lobih kurang ayat dio macam ayat kau gak lah Lobai.

 (iii)      "Kepantasan tindakan memecat saya membuktikan kepalsuan slogan mereka. Sedangkan saya hanyalah sekadar menuntut hak asasi kemanusiaan dan nilai serta prinsip keadilan sejagat dipatuhi, dan prinsip tersebut mewajibkan seseorang hanya boleh dibicarakan oleh rakan sekufunya.

Ulasan :

Ni dari mano kau dapek hujah ni, bahawo yang namo de keadilan sejagat itu mewajibkan seseorang hanya boleh dibicarakan oleh rakan sekufunya. Den nak belajarlah kek kau Lobai, handal kau ni. Lobai, Lobai, kalau dah yang membicarakan kau  rakan sekufu kau, dah tontu nilai keadilan tak boleh ditegakan, yo rakan sekufu kau, dah tontu rakan sekufu kau tu akan membelo kau, jadi macam mano nak dapek keadilan sejagat ?

Kalau kau cakap nilai keadilan sejagat, tu lah de, kesejagatan yang dicerminkan melalui kepelbagaian kaum dan agama yang nak mengadili kau dalam jawatankuasa disiplin MPT PKR, kau pula tak mahu, jadi yang kau maksudkan tu sebenarnya bukan nilai keadilan sejagat, tapi nilai keadilan menurut rakan sekufu kau iaitu Zaharin, Mohsin, dan Fairus, dan termasuklah Salehudin,  yang tu koh yang kau maksudkan nilai keadilan sejagat Lobai. . Kau cakap berbalik-balik ni, atau mungkin, kau tak faham apo bondo istilah sekufu tu tak ?

 (iv)             "Saya berharap mereka akan menghentikan serta-merta tindakan bacul melakukan serangan peribadi terhadap sesiapa juga yang memilih untuk tidak lagi mahu bersama mereka. Itulah adalah hak demokrasi dan hak asasi tiap manusia, iaitu hak untuk memilih," ujarnya.

Ulasan :

Memang gilo botullah kau punyo kenyataan ni, memang hak untuk memilih itu adalah hak demokrasi, kok kau pilih umno sapo yang nak halang, itu memang kebebasan kau, tapi Lobai, hak demokrasi yang kau sobutkan tu, salah konteks dengan keadaan kau yang telah menjadi MP PKR. Yang bebas memilih tu macam den iyolah, nak pilih PKR koh, nak pilih PAS koh, DAP koh, sapo yang peduli dengan den, botul tak tu Jang., 


Lobai, lobai, kau kono tahu : “sawah berpematang, kobun berpagar”, tak main harung jo doh Lobai  oooii.

TUTUH JANG SAMPAI MONANG

Sabtu, 6 Mac 2010

Den Sokong: Zulkifli Nordin Di Pecat

"Jang,Den menyokong sepenuhnya keputusan MPT tersebut, dan agak-agak den semua penyokong Pakatan Rakyat serta seluruh penyokong perjuangan memartabatkan keadilan, kebenaran serta kesaksamaa dah tontu akan menyokong juga keputusan tersebut.

Kalau togak dah nak berpaling, kalau duduk dah nak berkisar, biarkan dia jalan dengan keyakinan dio,  apo yang nak dirisaukan seekor ayam tak berkokok, hari akan siang juga Jang.

Sudah tentu malam ni  akan bertempik soraklah media munafik umno/bn, membela Zulkifli dan menghantam Pakatan Rakyat. ZN, akan ditabalkan oleh mereka sebagai pejuang tulen bangsa Melayu dan agama Islam. Akan bermunculanlah professor-udang mengulas pemecatan tersebut. Nadanya sudah dapat diramal iatu dalam PKR tidak dibenarkan berlainan pandangan, Firaun-firaun kecil lebih berkuasa, DSAI menuduh orang lain autokrasi, pada hal sendiri yang lebih. Pakatan Rakyat sedang menunggu kehancurannya, dan disarankan juga kepada pejuang-pejuang tulen bangsa Melayu dan agama yang masih berada dalam Pakatan Rakyat, terutama sekali PKR agar segera meninggalkan parti tersebut, dan bla……bla……..bla……., lagilah tu, dalam seminggu ni Jang, itulah de topik de.

Kepada Sdr Zulkifli Nordin,

Elok kau kosongkan kerusi parlimen Kulim tu, kalau lah botul kau anak jantan, pejuang tulen bangsa dan agama serta berpegang pada prinsip. Sobab pada prinsipnya kau monang kek Kulim pasal sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat, bukan kerana kau doh, itu kau kono faham tu, jangan buek bodoh kau, atau kau memang talibarut umno dalam Pakatan Rakyat ?

Tapi den yakin, kau tak akan berani mengosongkan kerusi perlimen Kulim tu doh, sobab master mind kau pasti melarang, sobab kok ado prk kek Kulim, bukan kau jo yang akan terbarai Jang, tapi master mind kau akan dapat malu, sosek lak den cakap, umno/bn nak malu apo, memang sajoman-joman dah tak ado malu lai.

Den juga memuji keberanian MPT, untuk meminta ZN mengosongkan kerusi Kulim, sobab dah tontu akan ada prk. Pado adat orang umno dah tontu dio agak PKR tidak akan berani memecat ZN, apalagi akan berhadapan dengan prk. Ni baru anak jantan namo de Jang.

Kalau sah ZN pejuang agama dan bangsa dah tontu dio akan mengosongkan kerusi tersebut, mano ado pejuang agama dan bangsa yang mengutamakan kepentingan diri. 

Kek sini den nak ingatkan kepada semua MP koh, ADUN koh yang dah keluar dari Pakatan Rakyat, tapi masih muntakedarah gak duit gaji MP/ADUN, iaitu duit rakyat, duit kau Jang, kami tidak relakan duit tersebut kau makan. Jadi sesiapo yang dah mengisytiharkan keluar parti PKR, tapi masih ambil gaji duit rakyat, maka aku kutuk kau somo de supayo mati dalam keadaan yang amat mengaibkan. Den juga nak ingatkan kepada semua anak bini mereka ini, supayo nasihatkanlah abah kau tu agar jangan mengasi anak bini de makan duit haram.

Kito jumpo kek prk Kulim Jang, den berani menjamin, kalau ZN bertanding lagi atas tiket bebas, dio akan terbarai. Nak tanding ateh tiket umno/bn dah tontu puak-puak umno kek kulim tak akan kasi.

TUTUH JANG SAMPAI MONANG