Kalau kau tengok berita malaysiakini kek bawah ni dalam tahun 70-80an, dah tontu berlaku rusuhan ni Jang.
Den nak tanyo kek kpn, menteri dalam negeri (mdn) dan pm, menurut pandangan anda tak cukupkah ini sebagai bukti (di bawah) untuk menangkap rizal dan konco-konconya ? kalau dulu dah tontu rizal ni di-ISA- kan.
DEN RAYULAH KEK PKN, MENTERI DALAM NEGERI DAN PM, BERTINDAKLAH SEGERA SEBELUM NASI JADI BUBUR, ATAU NAWAITU ANDA MEMANG MAHU BERLAKU RUSUHAN SUPAYA DAPAT MENGAMBIL ALIH KERAJAAN PR DI PP, SEBAGAIMANA BERLAKU DI KELANTAN THN 78 ?
Sehingga hari ini, langsung tiada siapa yang berbunyi di antara kpn, mdn dan pm, apa sudah jadi ???.
Den nak ingatkan kek orang-orang melayu pp, berfikirlah dengan rasional lihat sekitaran dengan otak yang jernih dan hati yang bersih, betulkah anda terpinggir hari ini ?, manakah yang lebih terpinggir di antara anda dibawah gerakan/bn dgn dap/pr ? atau yang terpinggir itu adalah orang-orang tertentu umno/bn yang selama selalu 'menembak ateh kudo' dalam kerajaan umno/bn ???
Den cuma nak ingat satu perkaro jo kek somo rakyat malaysia, bahawa kito ini adalah hidup bersama saling bergantung, kalau melayu mogok, maka pentadbiran negara tidak berjalan, tapi kau kono ingat gak Jang, kalau cino mogok, ekonomi negara lumpuh, nak boli pisangpun kau tak boleh. Fikirlah baik-baik, jangan kau ingat 'longan kau jo', orang lainpun ado longan gak. Ini fakta negara kito, jadi jangan berfikir, macamlah malaysia ni masih berada dalam era kerajaan melayu melaka.
TUTUH JANG SAMPAI MONANG
Usaha tangkis isu perkauman di P Pinang | |||
|
Kerajaan negeri sejak minggu lalu 'diserang bertubi-tubi' oleh Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
![]() |
Bagi menangkis tohmahan berkenaan, kerajaan Pulau Pinang dalam proses untuk mencetak 10,000 risalah bagi menerangkan keadaan sebenar tetapi belum diketahui bila ia dapat diedarkan.
Kerajaan Pulau Pinang juga akan mengadakan perhimpunan di dua kawasan majoriti Melayu beberapa hari sebelum tahun baru Cina meskipun lazimnya aktiviti politik mula lesu sempena sambutan itu.
Perhimpunan pertama akan diadakan di Tapak Ekspo, Seberang Jaya esok manakala perhimpunan kedua pula akan diadakan di Permatang Pasir Sabtu ini.
'Wanita dan kanak-kanak dicabuli'
Ini bukan kali pertama kerajaan Pulau Pinang dikecam oleh kumpulan berkepentingan Melayu.
Malah, tohmahan yang sama dilemparkan ketika parti Gerakan menerajui negeri itu dengan dakwaan masyarkat Melayu, yang merupakan kaum kedua terbesar di negeri ini, terus dipinggirkan.
![]() |
"Demonstrasi Jumaat lalu adalah permulaan kecil dan kita akan menghimpunkan lebih ramai NGO pada peringkat nasional dan menamatkan kezaliman serta keganasan ke atas bangsa Melayu di Pulau Pinang.
“Kita tidak akan membiarkan mereka datang ke rumah kita dan mencabuli isteri dan anak-anak kita. Kita akan lawan. Jika tidak dibendung dia (Lim Guan Eng) akan bertambah teruk.
![]() |
Rizal juga memberi amaran pertelingkahan kaum seperti yang tercetus di Kampung Rawa pada 1998 akan berulang jika masalah yang dihadapi oleh orang Melayu tidak diselesaikan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan