Halaman

Isnin, 15 Februari 2010

SUBSIDI ; ISTILAH FEUDAL YANG SUDAH TIDAK SESUAI DI ERA DEMOKRASI

Jang,

Istilah subsidi ini, menurut kamus dewan : bantuan berupa wang atau kebendaan (biasanya dari kerajaan) yang diberikan kepada pihak tertentu.

Sepatutnya, dewan bahasa dan pustaka mesti mengkaji balik takrifan tersebut memandangkan beberapa perkara seperti di bawah :

1. Patut diingat, bahawa semua wang yang ada dalam perbendaharaan negara tersebut adalah berasal daripada rakyat, ataupun secara tidak langsung seperti minyak dan hasil galian lainnya adalah hak rakyat.

2. Pemilik sah negara ini adalah rakyat, bukan pemerintah, sebab itu mereka mengadakan pilihan raya untuk merayu agar mereka dilantik untuk mewakili rakyat sebagai tuan sah negara ini.

3 Isunya, apakah itu bantuan namanya ?, bantuan itu orang lain memberi kepada kita, ini bukan, hak kita yang diberikan kepada kita.

4 Rakyat selama ini sengaja dimomok-momokkan dengan subsidi-subsidi, yang seakan-akan, individu-individu pemerintah menjualkan semua harta pusaka datuk nenek mereka untuk diberikan kepada rakyat. kononnya mereka sangat perihatin dengan rakyat, gilo punyo, yang den bonci tu rakyat percayo lak tu, bangang.

Rumusan :

YANG SEBENARNYA MAKAN SUBSIDI ADALAH MEREKA-MEREKA YANG BERKUASA TU, SEBAB MEREKA YANG MENDAPAT BANTUAN KEWANGAN, KENDERAAN, RUMAH DAN PELBAGAI LAGI. WAIMA MAKAN MINUM MEREKA 100 PERATUS KITA SUBSIDI. YANG LEBIH CILAKO DE JANG, DIO TIPU LAK DUIT KITO, MALAH ADO YANG SAMPAI DIO ROMPAK DUIT KITO.

CADANGAN :

SEPATUTNYA ISTILAH SUBSIDI INI DITUJUKAN KEPADA PENGUASA NEGARA, JADI UNTUK PERMULAAN (SAMBIL TUNGGU MASUKAN DARI ORANG-ORANG YANG KOMPETEN) KITA NAMAKAN PEMERINTAHAN UMNO/BN SEBAGAI "PEMERINTAHAN MAKAN  SUBSIDI RAKYAT".

TUTUH JANG SAMPAI MONANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan