Halaman

Rabu, 17 Februari 2010

TEKTIK PENJAJAH, PECAH DAN PERINTAH ; UMNO GAGAL TOTAL

Jang,

Den nak sogarkan balik ingatan kau tontang kojo-kojo gilo umno yang gagal di PULAU PINANG :

   a) Kes sapo namo de tu boruk umno yang cakap 'cino pendatang', yang  diakui sendiri oleh umno sebagai perkauman, sehingga digantung keahliannya di era Pak Lah, akhirnya dibebaskan oleh najib.

   b) Asak lak dengan kg pala, konon nak belo orang india yang tertindas, pada hal isu tersebut murni masalah undang-undang, duduk kek tanah orang, yo kono halaulah, apo lak masalah penindasan ni Jang, gagal gak penyudah de.

   c) tambah tekanan dengan isu merobohkan gerai orang melayu, gagal gak. Kau tengok tak tulisan dr mariah, rupo de kaum lain laie toruk kono roboh, tapi tak ado lak umno belo, apasal ?, sobab tak do keuntungan politik de pado umno.

   d) terakhir ni, perarakan maulidur rasul, laie tabarai sobab TGNA cakap, kelantanpun tak akan berarak. Punah Jang, punah ranah somo de.

Kesimpulan de,

1 Kenapa umno hanya berminat dengan isu-isumelayu ? :
   a) umno bukan hanya maha memelihara pengundi umno di pp, tapi juga mahu memelihara mood pengundi seluruh negara. Kau tahulah Jang, yang paling mengerikan kepada umno adalah mereka akan kalah lagi di kawasan-kawasan tradisinya.

   b) umno sodar, nak harap cino/india dah tontu tak boleh lagi. Dio orang ni dah ramai yang cerodik, maksud den, bukan orang melayu tak ramai yang corodik, masalah de, orang melayu yang corodik kojo makan gaji dengan kerajaan/glc/syarikat swasta yang bersinggayut dengan umno. Melayu yang dah corodik dan mandiri de, dah masuk pas dan pkr. Sebaliknya, orang cino/india yang corodik  mereka berdikari dan duduk kek bandar, bezo tu jang orang bandar dengan kampung. Orang bandar tak yah nak merengek-rengek nak kemudahan asas de, kerajaan mesti nak sediokan, sobab pemimpin merekapun duduk kek bandar. Satu perangkaan orang baca surat kabar cino 680k, yang baco um/bh 180k. data ni dari siaran langsung perbualan tv1 isnin lopeh. Dan, akhbar cino tak do lah macam um/bh deh, mereka lobih terbuka. satu pekaro laie, yang guno internet pun majoriti de orang cino, yang ni den tak ado perangkaan de, tapi dari segi rasional de, penggunaannya lebih tinggi di bandar, mako cinolah tu yang duduk kek bandar. 

   b) kalau kek sabah dah tontu umno hanyut, sobab isu kalimat ALlah, somo orang yang datang makan ke kodai den sependapat : UMNO SURUH MEREKA BERKELAHI ANAK BERANAK. Kau tahulah Jang kek sabah, dalam satu keluarga tu ado pelbagai agamo, ado anak yang dah masuk Islam, ado lak yang dah masuk kristian. Sarawak cam tu gak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan