Halaman

Isnin, 15 Februari 2010

Sekolah Berprestasi Tinggi: Membandingkan Mercedes Dengan Basikal Buruk

Jang,

Saya melihat, penilaian Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) untuk mengukur semua sekolah-sekolah di Malaysia seperti yang diumumkan oleh TPM barubaru ini, merupakan sesuatu langkah yang tidak munasabah kerana :

1. Bilangan guru dengan murid di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), antara 1 : 9 hingga 1 : 11, pernah satu ketika dahulu, salah satu SBP mempunyai kelebihan 16 orang guru. Lalu bagaimana di Sabah/Sarawak, 1 : 40 lebih.

2. Ada beberapa Pengetua SBP berpangkat JUSA bahkan dapat Dato' baru-baru ini, sedangkan sekolah lain si Sabah/Sarawak DG 48 tu dah handal sangat, bahkan ada yang baru DG 44 je.

3. Kemudahan SBP dibandingkan sekolah-sekolah di Sabah/Sarawak seperti siang dengan malam, coba kau amati fakta di bawah :

   a) Peralatan Wind Orchestra SBP lebih RM. 500,000.00, sementara sekolah lain tiada bah !
   b) Semua SBP ada kaunter on line, sementara sekolah di Sabah/Sarawak apipun tiada bah !
   c) Bilik komputer dan peralatan SBP, diperkirakan lebih baik daripada bilik guru + bilik pengetua di Sabah/Sarawak.

4. Sudah tentu beratus lagi fakta lain yang boleh diungkap, saya rasa semua guru-guru di Sabah/Sarawak sudah tentu dapat mengatakannya.

5. KESIMPULANNYA :

MENILAI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI = MEMBANDINGKAN MERCEDEZ DENGAN BASIKAL BURUK.

Cadangan :

Demokrasikan pendidikan dalam erti kata sebenarnya, jangan hanya cakap-cakap demokrasi pendidikan tapi amalannya DISKRIMINASI TOTAL terhadap pelajar-pelajar rakyat Malaysia.

Konsep Sekolah Berasrama Penuh ini peninggalan penjajah seperti MCKK, TKC dan lain-lain yang patut dikaji semula kesesuaiannya dengan era sekarang.

Rombak sistem pendidikan di SBP kerana ia gagal mendidik pelajar-pelajar cemerlang dalam erti kata sebenarnya, hal ini terbukti apabila di universiti, ternyata sistem pendidikan sekolah Cina lagi unggul, fakta ini tergambar sewaktu konvokesyen, di mana ijazah kelas pertama 90% pelajar Cina.

 
TUTUH JANG SAMPAI MONANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan