Halaman

Khamis, 4 Mac 2010

1Malaysia = 1Sabah Tak Ado Gulo, Dah 3 Bulan

"Jang,dah 3 bulan ni kek sabah tak ado gulo Jang, kalau orang datang kek kodai den nak minum 'o' 'o' koh, tak ado jang. Hari tu merayau seluruh kk dapek gak lah agak 2 kilo, tapi sojak bulan 2 ni, sabolum rayo cino sampai ni jam, langsung tak ado.

Ni lah de, 1malaysia, cakap nak inovasilah, nak apolah, bondo yang basicpun tak ado Jang, usahlah cakap gak kau lagi jib, tak ado sapo yang nak percayo de,

Orang sabah lagi lah pulak, meluat tengok muko najib sojak dio buek isu kalimah ALlah tu. kato de : "NAJIB NI NAK SURUH KAMI BERKELAHI ANAK BERANAK, ADIK BERADIK KOH.Kau tahulah Jang, kek sabah ni dalam satu keluargo ado yang Islam, Kristian dan Pagan, jadi cam mano dio nak balik kampung, nak makan sekali, maso rayo, kau fikirlah Jang.

Kalau isu kalimah ALlah ni dijadikan modal dek PR dalam PRU dopan, dan kono gayo honjut de, umno/bn gerenti tabarai kek sabah Jang. Itu pendapek orang yang datang makan kek kodai den. bukan cakap den ni Jang, hujah de tak boleh nak dinafikan iaitu : APO ORANG SABAH TAKUT, PEMERINTAH 4 KALI SUDAH BERTUKAR, MULA-MULA USNO, LEPAS TU BERJAYA, TUKAR LAGI DENGAN PBS, SEKARANG UMNO, TIADA APA BAH, SERUPA JUGA BAH, HIDUP MACAM NI JUGA, AMAN DAMAI, TIADA GADUH BAH. Den ingatkan kek PR, jangan kau salah rabo Jang, sentuh orang sabah ke nurani, gerenti monang.

Polik bin ajaib, AP (ahli parlimen) dan ADUN kek sabah apasal diam jo ngah ?, tahu koh dio kepentingan rakyat ni, hantu ni. Biaso de bung mukhtar sikit-sikit bising, hal yang sangat mendasar ni apsal dio sonyap jo pulak. Agak den lah Jang, sojak bung mukhtar dapek zizie ezzete tu kan, tak pornah minum gulo gi agak e, yo dah leko dek baulit jo, tiada taim mahu minum bah.

Jang, yang bongih botul ni, orang minum 'o' tak ado boleh gak lah ganti dengan susu, tapi cam mano den nak masak lauk, yo bubuh gulo tu Jang. Bonci, meluat, bongih, goram bercampur aduk ni Jang, kek sapo dennak mengamok ni Jang, sobab tu den belasah 1malaysia ni.

TUTUH JANG SAMPAI MONANG

1Malaysia Tigo Suku : Shahrizat, Lindungi dan Sayangi PENZINA

"Jang, Den tengok kek astro awani tadi, bukan main kasih sayang lagi shahrizat kek omak syafiah yang mati ditondang dek pasangan zina omak dio. Osah lah luar biaso botul kebaikan orang-orang 1malasyia-3/4 (tigo suku) ni Jang.

Bukan setakat shahrizat jo jang, tapi siap dengan armada jabatan kebajikan masyarakat de sekali, biasolah tu jang, pengiring dio tu dah tontu tergolong kedalam kumpulan pegawai yang 3 jonih tu Jang.

Sepatut de jang, omak budak Syafiah ni disumbat ke dalam lokap tu Jang, yo dah bertahun-tahun de berzina, ek eh, orang berdoso bosar tu lak yang poi dipoluk-poluk de, osah zaman ni dah gilo ni Jang.

Masalah ni, ado duo perkaro yang berbezo, 1) rakan kumpul kerbau (kumpul kerbau namo de tu Jang kek Indonesia, di mana kerbau jantan jumpa dengan kerbau betina, lalu berkubang jo de bergelumang de Jang) omak syafiah membunuh syafiah, 2) Omak syafiah dengan orang yang membunuh anak dio tu dah berzina bertahun-tahun. Dah mengaku omak syafiah ni yang dio berzina, tapi yang polik de, JAWI, elok jo duduk e ontok-ontok (diam-diam), ni apo ni Jang, kalau kes minum arak jo kono rotan, ni kes zina, tak ado lak buek apo. Polik amek den dengan 1malaysia ni. Ontah lah Jang, tak dapek nak cito lai ah, yo kito dapek de menulih jo lah kek sini, yang lain tak dapek nak buek apo Jang, tapi setidak-tidak de, ado gak menzahirkan ketidakpuasan hati kito, botul tak tu Jang.

Jadi, amat tidak wajar, syahrizat nak beriyo-iyo botul nak membelo omak syafiah ni, lopeh tu, siap arahkan lak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mengambil omak syafiah. Kau percayolah dengan den Jang, tak kan hondak omak syafiah tu de poi duduk dalam asrama kebajikan masyarakat, kau tengoklah esok Jang, kok tak percayo kau dengan den.

Kesimpulan de

 JAWI mesti bertindak menangkap omak Syafiah ni.

JKM, tak payahlah nak bolo lak, budak tak ado agamo ni de.

Mungkin aka nada yang berkata bahawa den tak ado hati porut, tapi kau kono ingat jang, BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT SEKALI JANGAN.

TUTUH JANG SAMPAI MONANG

RASUAH : DARAH DAGING UMNO, TANPA RASUAH MEREKA MATI

Jang, Cubo kau tengok artikel malaysiakini hari ini seperti dibawah :

Saksi: Terima wang bukan pelik

Dua saksi dalam kes rasuah membabitkan bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, memberitahu Mahkamah Sesyen Temerloh hari ini penerimaan wang tunai dalam satu majlis yang dihadiri mereka bukan sesuatu yang pelik dan menghairankan.

Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Maran, Nasaruddin Abdullah, 47, berkata beliau tidak berasa pelik selepas menerima wang daripada seorang lagi AJK Umno Bahagian itu, Datuk Khadri Musa pada satu majlis di rumah Naib Ketua Umno Temerloh, Mohammad Anuar Yunus pada 20 Jan tahun lepas yang turut dihadiri Mohamad Norza.

salah koh den Jang, kalau rumusan den tentang tabiat, semulo jadi, nurani, kato orang Jakarta tahu kau Jang MEMANG UDAH DARI SONONYE (memang sudah dari sana nya, maksud perkataan 'dari sananya', merujuk kepada keturunannya),  orang umno adalah "RASUAH ; DARAH DAGING UMNO ?".

Sebonar de maleh den tulih bab ni, tingga lai orang kampung den ramai sangat yang "POKAK BADAK, CORODIK TAK BOLEH IKUT, BANGANG TAK MAKAN AJAR".Bilo kau cakap kek dio e, jangan kau undi gak umno ni, dio menjawab : "NAN LAMO JO LAH"

TUTUH JANG SAMPAI MONANG

Hentikan campur tangan UMNO/BN dalam pentadbiran kerajaan

"Jang, Kau tahu koh apo sobab negara ni terjerumus ke dalam salah urus, otokrasi, tidak telus, pokok de segalo yang buruk-buruk tu lah, sobab utamo de :

1.    CAMPUR TANGAN UMNO/BN DALAM PENTADBIRAN NEGARO.

Kau faham koh ni Jang, yang den cakap ni, cam ni lah, baik den bagi contoh de, sonang kau nak faham :

1 KRITERIA UTAMO YANG PALING UTAMO UNTUK DILANTIK JADI PEGAWAI –PEGAWAI KERAJAAN UMNO/BN IALAH , PEMBODEK, BANGANG DAN TAK GOMAR BERTANYO.

Jadi, sapo-sapo yang nak dilantik ke jawatan-jawatan kanan dalam satu-satu institusi/jabatan, mesti lulus saringan ketiga-tiga syarat utama di atas. Sobab tu lah Jang kau jumpo dengan gun-ni 4tail tu, satu ketiko dulu safiah jadi nc um, lopeh tu ado lak nudin anak kadi bagai jang. Dan, kau tengok baik-baik, sagalo-galo pegawai kanan dari peringkat persekutuan hingga ke ketua JKKK, somo de cam tu. Ado koh kau terjumpo orang yang arif, yang berpegang pada prinsip, tahu dengan halal dan haram dalam jawatan-jawatan berkenaan selamo koh kini. Tak ado Jang, somo de orang yang 3 jenih kek ateh tu la. Sekiranya anda adalah seorang yang ada merit dalam kerjaya anda, berpegang teguh dengan prinsip dan tahu mano yang halal dan yang haram, elomklah copek-copek boronti kojo kerajaan, sobab kerajaan umno/bn tidak memerlukan orang jenis kau doh Jang.

Percayolah kau dengan den, salagi orang 3 jonih ni yang memegang amanah pentadbiran kerajaan, usah haraplah Malaysia akan maju dalam erti kato yang seluas-luasnya. Den cakap cam ni, berdasarkan pengalaman den mengurus manusia, ORANG PANDAI KOJO TAK PORNAH JADI PEMBODEK, SOMO DE YANG MEMBODEK TU ADALAH ORANG-ORANG YANG TAK PANDAI BUEK KOJO DAN PAMALEH, JADI UNTUK 'COVER' SOMO TU DIO BUEKLAH KOJO MEMBODEK. DAN, UMNO/BN SENTIASA MENCARI ORANG-ORANG YANG SPESIALISASINYA : PEMBODEK, BANGANG DAN TAK GOMAR BERTANYO.

Sebonar de, banyak yang den nak sobut lagi ni Jang, tapi supayo mudah ingat elok satu-satu jo lu Jang, dio macam orang kampung den cakaplah

lancar kaji dek diulang,
lacuh jalan dek ditempuh.

TUTUH JANG SAMPAI MONANG

UMNO/BN : Hulu Malang, Pangkal Celako Malaysia

"Jang,Kalau dihitung-hitung tak terbilang banyaknya kecelakaan dan kecederaan yang telah ditimbulkan oleh umno terhadap Negara ini, sebagai contoh :

Somo kawasan balak yang diurus oleh umno, sejak merdeka, adik-adik beragih jo Jang, namo ban balak de orang melayu, tapi dapek kulit kayu jo, balak de orang yang yang jual.

Kau tahu tak Jang, sebonar de namo orang melayu tu untuk transit jo, sebonar de mb dah berunding dengan toke balak, tapi kalau dibori langsung kek toke tu, macam tak sodap hati lak, kang bising ajk bahagian, mako dicarilah satu namo untuk di-transit-kan anugerah kawasan balak tu. Pasal duit, somo de dah solosai antaro mb dengan toke tu. Adokalo lak, tompek transit tu namo de 'perbadanan kemajuan negeri',atau menteri besar diperbadankan,kebelakangan ni yang paling popular, majis agama islam negeri. Hkikat de, tu lah Jang, somo dah solosai diantaro mb dengan toke. 


Somo tanah untuk kobun koh, untuk perumahan koh, pun samo, kau percayo tak Jang, ado tanah kek Bandar seremban, premium de 1.00 jo sekaki, padahal harago semaso seratus lobih.

Tapi, cilako de umno ni, bilo nak bagi tender-tender projek kerajaan kepada kroni, nak mampuih mahal de, ado projek tu, tampal jalan jo dalam 20 kaki persegi 5,000.00, hari tu kek Terengganu koh tu yang pensil hargo de 40.00 sebatang. Somo de projek design & build tu, lubuk rasuah tu Jang, Mahathir tok guru de tu Jang. 

Umno ni Jang, tak ado yang tak dirasuah e doh, kau cakap jo, apo, somo e kalau melibatkan umno mesti rasuah lah tu. Kau bayangkanlah, satu ketiko dulu, maso lillah yasin bertanding kek jompul dulu, dio bubuh duit dalam surat yasin, lopeh tu tinggakan dalam tandas. Boleh koh kau bayangkan apo jenih melayu de yang sampai begini sekali menghina agama, tabuek dek umno tu Jang. Tak gak cukup lagi tu, Datuk Taha, kono bunuh kek Gomencheh, pasal bertanding-bertandinglah tu. Ke dalam Mukhtar Hashim maso tu Jang.

KESIMPULAN :

Kok ado gak orang kek Malaysia ni,terutama orang Melayu yang meraso umno ni pejuang, osahlah bongap punyo orang. ertinya, orang berkenaan tak faham makno perkataan pejuang.
Kau tahu koh makno perkataan pejuang tu Jang, pejuang ialah seseorang yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kemenangan dalam menegakan prisnsip kebenaran, keadilan dan kesaksamaan, di dalamnya sama sekali tidak ada motif untuk kepentingan peribadi.

TUTUH JANG SAMPAI MONANG

TDM : Hulu Malang, Pangkal Cilako Malaysia (1)

"Jang, Den sambung balik cito umno-tdm ni Jang.

3. Sindrom pembangunan maniac.

sindrom ini wujud lantaran rasa rendah diri umno-tdm yang merasa kalah jauh dalam persaingan dengan Lee Kuan Yew (LKY). Lalu sindrom itu muncul dalam bentuk kojo-kojo gilo dalam pembangunan, antara lain


  a) KLIA, kau tahu tak bosar de KLIA tu Jang, 4 x Cangi Air Port (CIP), tapi kapasiti terpakai de, 25% CIP. Matematiknya, kapasiti yang terpakai hanyalah 1/4 x 4 = 1/16 sahaja. Pendek cito pembaziran de 15/16 x 100% =94%. Lopeh tu maintenance de 1 juta sehari Jang. Tak cukup gi cam tu, buek lak laie LCCT sobolah KLIA. Kojo gilo ni analogi mudah de cam ni Jang, abah kau ado umah 16 bilik, yang dipakai hanyolah 1 bilik jo, lopeh tu ado anak de nikah, bangang koh gilo orang tuo ni, dio poi buek laksatu rumah gi untuk anak dio tu, ni 15 bilik kosong ni. Tu lah de roman e umno-tdm tu Jang.

     b) Sukan Komanwel, nak buek apo, nak tunjuk kek ratu elizabeth bahawa malaysia kini dah maju, sambil membentangkan karpet merah untuk beliau. Den cukup marah pasal ni jang, ado koh orang yang pernah menjajah kito, membunuh nenek moyang kito, menghisap darah kito kau poi bontangkan karpet merah kek cilako tu. Heboh pasal patriotik-patriotik, patriotik koh tu menyanjung penjajah tu, baiyo-iyo memberitahu dunia bahawa : eh dunio, den ni dulu di jajah dek british ni, sabolum tu portugis yang jajah kami, lopeh tu belando lak, Tahu tak dunio, british tu dio tukarkan negaro den ni dengan belando. bangang amek, adokoh itu yang dimogahkan de. Elok-elok orang tak tahu kito pernah dijajah, jadi tahu satu dunio. Kalau den lah Jang den kua tu dari komanwel tu, apo namo e untung de, menunjukan kemogahan british pornah menjajah 41 negaro koh Jang. Penyakit cilako ni macam kek melako lah Jang, kok den lah, den runtuhkan semuo peninggalan penjajah kek malako tu Jang. Adokoh patut aib nenek moyang didodahkan kek orang, tak bermalu botul.

Ni lah de masalah berkodai makan ni Jang, sodang sodap nak nulih ado jo lah hal de, ni ado lak yang nak tompah katering, den tangkaplah tu lu Jang, esok den sambunglah pula.

TUTUH JANG SAMPAI MONANG

TDM : Hulu Malang, Pangkal Celaka Malaysia

"Jang,

Den fikir-fikir balik kan, agak-agak den lah, agak-agak den jo Jang, yo tajuk kek ateh tu lah , TDM : HULU MALANG PANGKAL CELAKO MALAYSIA.

Apasal den cakap macam tu, cubo kau semak balik Jang,

1. Menghakis kuasa rajo-rajo Melayu. Dulu, semua undang-undang yang diluluskan parlimen, wajib kono sain agung lu, kalau agung tak nak, batal de Jang. Tapi tdm punyo kojo, tak payah nak sain-sain agung bagai, kalau agung tak nak sain dalam maso sebulan, undang-undang tu otomatik berkuat kuaso. Jadi, botul tak tu Jang, tdm : hulu malang pangkal celako ?
2. Bilo mahkamah haramkan umno thn 88, dio bubarkan umno, dio buek umno dio sendiri, umno (baru) namo de. Den pun polik, dulu bilo sobut umno, ado perkataan (baru) de, ni jam tak lak, apasal tu Jang. Nak tanyo pakar undang-undang, boleh koh tak tulih perkataan (baru) tu ???. Pendek cito umno ni jam tak ado kono mengono langsung dengan umno yang asal de, umno sekarang ni, umno tdm tu Jang, kau jangan silap tu. Tinggal lagi orang umno-tdm tu yo bongap belako, asalkan dio dapek menggosok-gosok porut de, yang lain peduli apo kek dio, yang jadi masalah kek orang umno-tdm ni, bilo dio tak dapek menggosok-gosok porut kekonyangan gi, barulah dio bising. Pasal tu lah,somo yang bising kek PKR tu adalah bokeh orang-orang umno-tdm yang tak dapek menggosok-gosok porut laie.
3. Lah, kacau botul lah, sodang sodap nak nulih, ado lak barang habih kek dapur den, den poilah boli barang lu Jang. Tapi kau pandai nyambung de tu, percayo den kek kau jang, kau sambung lah yo.

TUTUH JANG SAMPAI MONANG